

18.4.2026 | DAY 2: INTERNATIONAL EXCHANGE PROGRAM 2026 (MICE)
Program International Student Exchange 2026 ke Batam Tourism Polytechnic (BTP) merupakan satu inisiatif berimpak tinggi yang membuka peluang kepada para pelajar Diploma Pengurusan Resort, Politeknik Hulu Terengganu untuk merasai pengalaman pembelajaran di peringkat antarabangsa. Program ini turut dihadiri oleh Direktor Batam Tourism Polytechnic, Siska Amelia Maldin, Assiciate Professor M.PD,Dr I Wayan Thariqy Kawakibi Pristiwasa, MM.Par, Dosen Eva Amelia, Pak Rafizi wakil konsulat Malaysia dia Pekan Baru.
Program ini turut melibatkan pelajar dari kelas DHR4A dan DHR4B, yang berpeluang mengaplikasikan ilmu serta kemahiran dalam bidang Meeting, Incentive, Convention and Exhibition (M.I.C.E) melalui pengalaman sebenar di peringkat global.
Sepanjang program ini, pihak BTP telah berkongsi ilmu berkaitan bidang hospitaliti seperti Food & Beverage (F&B) service, culinary, barista dan lain-lain kepada para pelajar dari Politeknik Hulu Terengganu (PHT).
Selain itu, pihak PHT turut mempersembahkan kebudayaan Malaysia kepada pihak BTP melalui persembahan seperti tarian tradisional dan dikir barat, sebagai simbol pertukaran budaya antara kedua-dua institusi. Pelajar PHT juga melaksanakan demo masakan Terengganu Heritage Cuisine iaitu 'Nasi Minyak Kenduri' yang menjadi hidangan popular di negeri Terengganu.
Program ini menjadi satu platform pembelajaran yang berharga dalam membentuk kemahiran komunikasi global, meningkatkan keyakinan diri serta memberi pendedahan sebenar kepada industri pelancongan dan hospitaliti. Satu pengalaman, seribu makna.