16.7.2026 | PHT PEROLEH SILVER DALAM HB KIK 2026
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan NexTrail yang telah mewakili Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dalam Pertandingan KIK Horizon Baharu (HB KIK) 2026 yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai pada 13 - 15 Julai 2026.
Daripada keseluruhan keputusan rasmi pertandingan yang menyaksikan penganugerahan 10 Emas dan 27 Perak. Kumpulan NexTrail yang dibarisi oleh pensyarah PHT iaitu Pn Razia Malini, Pn Nurul Ilyani, Puan Norli Yanawati, Pn Wan Norliana dan Puan Syuhairah telah berjaya meraih PINGAT PERAK menerusi produk TAPAK JEJAK (Eco Travel Footprint Kit).
Produk ini dibangunkan sebagai sebuah kit pelancongan unik yang membolehkan para pelancong bertindak sebagai sukarelawan pasif. Melalui kaedah yang inklusif dan mesra pengguna, setiap pelancong termasuk golongan OKU dan kanak-kanak kini boleh menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dan meninggalkan impak hijau sepanjang aktiviti kembara mereka.
Penghargaan syabas diucapkan kepada barisan pensyarah terlibat atas komitmen dan usaha membawa inovasi pelancongan lestari ini ke peringkat kebangsaan. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus menghasilkan produk yang memberi impak positif kepada industri pelancongan dan komuniti.
Syabas warga PHT!