15.9.2026 | LAWATAN PENANDA ARAS MPP KOLEJ VOKASIONAL GOMBAK KE POLITEKNIK HULU TERENGGANU
 
Telah berlangsung dengan jayanya sebuah Sesi Lawatan Penanda Aras oleh Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Kolej Vokasional Gombak ke Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Rombongan dari Kolej Vokasional Gombak ini telah disambut oleh pasukan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) serta barisan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Politeknik Hulu Terengganu. Sesi ini juga telah dijalankan bertempat di Mini Auditorium Pintar.
 
Sesi lawatan penanda aras ini dijalankan bertujuan untuk membina jaringan hubungan yang baik di antara barisan MPP dari Kolej Vokasional Gombak serta JPP Politeknik Hulu Terengganu. Di samping itu, sesi ini juga menjadi wadah penting perkongsian tentang program-program, inisiatif serta kaedah kepimpinan dalam memperkasa barisan perwakilan pelajar institusi dalam menjadi suara pelajar dan mendepani cabaran kepimpinan.
 
Sesi ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah dari PHT, Encik Khairul bin Mohd Azemi serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dari pihak KV Gombak, iaitu Puan Siti Kamariah binti Omar. Ketika sesi dijalankan, sebuah sesi dialog dan soal jawab di antara pihak JPP PHT dan MPP KV Gombak telah dijalankan. Kemudian, sesi lawatan penanda aras ini diakhiri dengan sesi lawatan fasiliti di sekitar kampus Politeknik Hulu Terengganu.
 
Politeknik Hulu Terengganu ingin menyampaikan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada warga KV Gombak, terutamanya kepada Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang telah memilih PHT sebagai destinasi bagi menyempurnakan sesi lawatan penanda aras kali ini. Semoga dengan segala perkongsian yang telah dilakukan, bakal memberi faedah serta penambahbaikan kepada kedua-dua organisasi pelajar di kedua-dua buah institusi.