13.5.2026 | Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Sempena Keberangkatan Tuan Pengarah ke Tanah Suci Makkah
 
Telah berlangsung pada 13 Mei 2026 bertempat di Pusat Islam PHT. Majlis ini diadakan sebagai tanda sokongan, penghormatan serta iringan doa warga PHT agar Tuan Pengarah dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan sepanjang menunaikan ibadah di Tanah Suci serta memperoleh haji yang mabrur.
 
Semoga keberangkatan ini sentiasa berada dalam rahmat, perlindungan dan keberkatan Allah SWT.
 
“Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ibadah ini, kurniakan keselamatan pergi dan kembali serta terimalah segala amal ibadah.”