10.6.2026 | TAKLIMAT INTEGRITI DAN ANTI RASUAH PHT
Unit Integriti Politeknik Hulu Terengganu (PHT) telah menganjurkan Taklimat Integriti dan Anti Rasuah bertempat di Auditorium Mini, PHT pada 10 Jun 2026. Program ini merupakan satu inisiatif berterusan dalam memperkukuhkan budaya kerja berintegriti, amanah dan telus dalam kalangan warga PHT.
Taklimat yang disampaikan oleh Puan Nur Elyani Alias, Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, telah memberikan pendedahan berkaitan kepentingan nilai integriti, pematuhan etika serta tanggungjawab setiap warga organisasi dalam menolak sebarang bentuk amalan rasuah dan salah guna kuasa.
Semoga penganjuran program ini mampu meningkatkan kesedaran serta membudayakan amalan kerja berteraskan integriti dalam kalangan warga PHT. Bersama membina organisasi yang berprestasi tinggi, berakauntabiliti dan bebas daripada rasuah demi kecemerlangan perkhidmatan awam.