10.7.2026 | KURSUS MESRA MALAYSIA
 
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Hulu Terengganu telah bekerjasama dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Terengganu dalam penganjuran Kursus Mesra Malaysia kepada pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan. Kursus ini telah disertai oleh 4 orang pensyarah dan 56 orang pelajar semester 3 dan 4. Kursus ini telah berlangsung di Mini Auditorium Pintar, Politeknik Hulu Terengganu.
 
Penceramah bagi kursus ini adalah Haji Mohammmad Nor Bin Haji Ismail, yang merupakan Pengerusi Pemandu Pelancong Bandar dan Alam Semulajadi Negeri Terengganu. Pelajar telah didedahkan kepada senario semasa industri pelancongan di Malaysia. Diakhir kursus, peserta telah membaca ikrar Mesra Malaysia.
 
Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Puan Hasnira Binti Mohamad, Timbalan Pengarah, Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Terengganu. Turut hadir adalah Puan Norimah binti Annuar @ Mohd Tahir, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Hulu Terengganu, Cik Hadiyah Binti Hassan, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Puan Sarah Binti Ghazali, Ketua Program Diploma Pengurusan Pelancongan.