29.10.2023 - Seramai 146 graduan diraikan penuh gemilang dengan menerima penganugerahan Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Akauntansi masing-masing pada satu sidang yang berlangsung pada Majlis Konveksyen PHT ke-9 bertempat di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu (PHT), 29 Oktober 2023. Majlis Konvokesyen kali ini menyaksikan seramai 93 daripada graduan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti manakala 53 graduan lagi daripada graduan Jabatan Perdagangan layak menerima diploma masing-masing untuk sesi I 2021/2022 hingga sesi II 2022/2023. Empat graduan PHT telah dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang iaitu dengan menerima Anugerah Pengarah Saudari Fatin Syazwani Binti Ismail untuk Sesi I 2021/2022, Sesi II 2021/2022 kepada Nur Ismie Bt Mohammed Iskandar, Sesi I 2022/2023 kepada Saudara Muhammad Izrie Bin Roslan dan untuk Sesi II 2022/2023 kepada Siti Zawani Binti Zakaria.
Majlis Konvokesyen Kali ke-9 kali ini diadakan di kampus baharu Politeknik Hulu Terengganu. Majlis penyampaian disempurnakan oleh Ybrs Dr Zamzam Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK, PHT dan jemputan daripada 30 wakil Politeknik dan Kolej Komuniti serta agensi luar. Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Hj Azahan Hj Daud menyatakan dalam ucapan, PHT mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila PHT buat julung kalinya melaksanakan Konvokesyen secara bersemuka di Kampus Tetap. Lebih bermakna kerana kumpulan pertama yang mendaftar di kampus ini pada sesi Jun 2020 turut bergraduat kali ini. Tahniah kepada para graduan Majlis Konvokesyen PHT kali ke-9.